MARITIM MALAYSIA TAHAN BOT TUNDA LANGGAR SYARAT LESEN

RAMPAS: Juragan dan dua kru ditahan untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau berjaya menahan sebuah bot tunda tempatan selepas didapati tidak mematuhi syarat sah lesen, pada Ahad.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Zon Maritim Tawau, Komander Maritim Norihan Ngah, berkata bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan OP PLUTO TIMUR, OP SEJAHTERA dan OP TIRIS mengesan dan memeriksa bot berkenaan di perairan Tawau pada pukul 8.30 malam semalam.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat seorang juragan warga Indonesia berumur 55 tahun bersama dua kru lelaki warga Indonesia berumur 53 dan 54 tahun berada di dalam bot berkenaan.

“Semua tidak mempunyai daftar nama dalam lesen, tiada sijil kompetensi dan gagal memaklumkan pertukaran nakhoda,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Katanya, lesen bot ditahan dan juragan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO 1952).

Norihan berkata, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang, walaupun kesalahan itu dianggap kecil.

“Pemilik dan pengendali bot dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi syarat lesen bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memperkasakan penguatkuasaan dan mengoptimumkan operasi untuk membanteras aktiviti menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia, khususnya di perairan Timur Sabah (ESSZONE).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang salah laku jenayah di perairan Tawau boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752116 atau talian kecemasan 999,” katanya.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …