GOTONG-ROYONG BERSEPADU CEGAH DENGGI

Machap Jaya – Gotong-royong bersepadu Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan diadakan di Kampung Baru Machap Umboo bagi mengekang penularan kes denggi.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata, ia susulan terdapat empat kes denggi dilaporkan di kawasan itu pada minggu ini.

“Saya dimaklumkan terdapat empat kes denggi direkodkan di kawasan ini membabitkan sebuah keluarga termasuk dua kanak-kanak.

“Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya saya memandang serius kes ini kerana sepanjang 2025 hanya dua kes denggi dilaporkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, sekali gus menjadi DUN paling rendah berlaku kes denggi di Melaka.

“Enggan angka itu merekodkan peningkatan saya akan meminta Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) untuk mengadakan satu gotong-royong bersepadu bersama JKN Melaka pada minggu hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Pelancaran Hiasan Tahun Baharu Cina Kampung Permai Machap Umboo Baru, di sini, pada Sabtu.

Majlis pelancaran diserikan lagi dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari.

Hee Sem berkata, selain itu langkah pencegahan semburan asap pembasmi nyamuk atau ‘fogging’ telah dilakukan JKN Melaka di kawasan tersebut.

“Malah saya juga telah meminta ketua kampung untuk memaklumkan kepada penduduk untuk membersihkan kawasan rumah dengan membuang barangan yang tidak lagi dipakai.

“Saya juga memohon kerjasama komuniti setempat supaya dapat bersama-sama mengambil sikap bertanggungjawab untuk menjaga persekitaran kawasan kediaman sama ada melalui pembersihan rutin atau aktiviti gotong-royong,” katanya.

Sumber : Melaka Hari ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …