POLIS KESAN WARIS LELAKI MAUT JATUH DARI BANGUNAN DI PENAMPANG

Gambar hiasan

KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu giat mengesan waris seorang lelaki yang maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan bertingkat di Penampang, malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.30 malam pada 13 Januari membabitkan seorang lelaki warga tempatan

Beliau bagaimanapun berkata, identiti mangsa masih belum dikenal pasti setakat ini, sekali gus menyukarkan usaha pihak polis menghubungi ahli keluarga atau waris.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta latar belakang mangsa.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan identiti mangsa, mengenali mangsa atau mengetahui ahli keluarga diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Superintendan Razmi Omar di talian 019682326.

Dalam masa sama, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …