SCREEN TIME UNTUK ANAK

Screen Time atau dalam bahasa Melayunya “masa tayangan” merujuk kepada masa yang dihabiskan seseorang dengan menggunakan peranti seperti telefon pintar, tablet, komputer, televisyen dan sebagainya.

Walaupun penggunaan peranti-peranti tersebut amat penting terutamanya dalam perkembangan dunia semasa, had waktu penggunaan yang panjang akan memberikan kesan buruk kepada semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak.

Oleh itu, sebagai ibu bapa amat penting untuk anda mengawal had masa tayangan bagi anak-anak anda. Dengan kawalan daripada awal ini akan membantu dalam mengelakkan anak-anak anda daripada mudah leka dalam penggunaan peranti.

Di Malaysia, kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak berumur antara dua (2) hingga 17 tahun akan menghabiskan purata 3 hingga 4 jam pada skrin, dengan telefon pintar menjadi pilihan utama dalam kalangan remaja dan kanak-kanak.

Cara Kurangkan Masa Tayangan

  • Tetapkan had masa tayangan.
  • Tetapkan peraturan yang jelas mengenai bila dan berapa lama anak-anak boleh menggunakan skrin digital setiap hari. Pastikan anak-anak berdisiplin dalam mengikuti had ini juga.
  • Galakkan aktiviti alternatif
  • Galakkan anak-anak untuk terlibat dalam aktiviti tanpa skrin seperti bermain di luar, membaca, melakukan kraf tangan atau bermain permainan lain.
  • Cipta zon bebas skrin
    • Tetapkan kawasan tertentu dalam rumah sebagai zon bebas skrin, seperti bilik tidur atau kawasan makan untuk menggalakkan interaksi keluarga dan mengurangkan penggunaan skrin
  • Jadilah contoh teladan
    • Hadkan masa skrin anda sendiri dan utamakan interaksi bersemuka dengan anak-anak.
  • Gunakan masa skrin dengan bijak
    • Utamakan kandungan pendidikan atau interaktif yang menggalakkan pembelajaran dan kreativiti. Pantau kandungan yang mereka tonton dan pastikan ia sesuai dengan umur dan selaras dengan nilai-nilai keluarga.

Berapa Tempoh Screen Time Untuk Anak Mengikut Umur

Menentukan masa tayangan yang sihat untuk kanak-kanak adalah tugas yang sukar. Walau bagaimanapun, AAP (Akademi Pediatrik Amerika) telah mengesyorkan garis panduan khusus mengikut umur yang boleh dijadikan panduan:

Kumpulan Umur Had Masa
Bawah 18 bulan Elakkan screen time sepenuhnya, kecuali jika melibatkan perbualan atas talian.
18 hingga 24 bulan Kandungan pendidikan terhad dengan penjaga dan hanya dalam tempoh kurang dari sejam.
2 hingga 5 tahun Satu jam setiap hari masa tayangan dan lebihkan pada kandungan pendidikan. Pantauan ibubapa juga amat penting.
6 tahun ke atas Galakkan tabiat sihat, hadkan masa skrin kepada dua jam sehari, kecuali jika melibatkan urusan sekolah. Pantauan ibubapa amat penting.

 

Sumber: Ecentral.my

Artikel/Berita Terkini

KEMURUNGAN DIGITAL MEMPENGARUHI KEHIDUPAN

Kemurungan digital atau digital depression kini menjadi isu yang semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat, terutama golongan remaja dan dewasa muda …

PANDUAN MENGGUNAKAN PERSIMPANGAN BULATAN DENGAN BETUL

Persimpangan bulatan direka untuk melancarkan aliran trafik dan mengurangkan risiko kemalangan. Namun, keselamatan hanya dapat dicapai apabila setiap pengguna jalan …