KELEBIHAN BRISWALK (JALAN LAJU)

Brisk walk merupakan senaman yang popular dan mudah dilaksanakan di mana-mana sahaja tanpa memerlukan sebarang kos. Senaman ini dapat meningkatkan kecergasan dan kesihatan seseorang selain memastikan gaya hidup seseorang terus sihat.

Brisk Walk atau boleh juga dipanggil berjalan cepat adalah aktiviti yang melibatkan seseorang itu berjalan dengan laju. Tujuannya adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan dan gaya hidup sihat seseorang. Aktiviti ini merupakan latihan kardiovaskular yang bagus dan boleh dilakukan oleh hampir semua orang tidak kira usia atau tahap kecergasan fizikal.

Ia juga ini merupakan aktiviti yang sangat rendah risiko kecederaan dan juga tidak memerlukan sebarang kos kepada seseorang yang digalakkan dilakukan selama 30 minit secara rutin pada setiap hari.

Faedah & Kebaikan Brisk Walk

Antara faedah dan kebaikan bagi aktiviti ini adalah seperti berikut:

  • Menyihatkan jantung- Membantu kuatkan jantung dan lancarkan peredaran darah.
  • Membakar kalori-Boleh bantu kurangkan berat badan jika dibuat secara konsisten
  • Mengurangkan stres-Melegakan tekanan dan bantu rasa lebih tenang.
  • Menguatkan otot dan badan-Membina stamina dan tenaga tanpa perlu ke gymnasium
  • Menurunkan gula dalam darah– Mengawal paras gula, terutama bagi pesakit diabetes.
  • Selamat untuk sendi-mLebih ringan pada lutut berbanding berjoging atau berlari.
  • Mudah dilakukan– Tak memerlukan peralatan khas dan ia boleh buat di taman, sekitar rumah, atau di mana-mana.
  • Meningkatkan imuniti badan– Bantu badan jadi lebih kuat melawan penyakit.

 

Sumber: Ecentral.my

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …