KENALI SEMBILAN PENYUMBANG UTAMA KEPADA KEMALANGAN MAUT

Setiap kali musim perayaan tiba – sama ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas mahupun musim cuti sekolah, jalan raya di Malaysia pasti menjadi sesak. Ratusan ribu kenderaan membanjiri lebuh raya, jalan persekutuan dan jalan kampung, semuanya dengan satu tujuan:- untuk pulang ke kampung halaman atau melancong bersama keluarga tersayang.

Namun, di sebalik kegembiraan ini, terselit satu statistik yang membimbangkan. Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah kemalangan jalan raya meningkat secara ketara ketika musim perayaan, dengan purata 18 hingga 20 kematian setiap hari dilaporkan ketika Op Selamat dijalankan. Punca utamanya? Sikap pengguna jalanerdapat sembilan faktor utama yang dikenal pasti sebagai penyumbang kepada kemalangan maut di jalan raya. Justeru, setiap pengguna jalan raya diseru agar sentiasa peka terhadap keadaan persekitaran, merancang perjalanan dengan teliti dan mematuhi semua peraturan lalu lintas demi menjamin keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain. Pengguna perlu:

  • Rancang Awal
  • Patuhi Peraturan
  • Pandu Berhemah
  • Selamat Tiba Ke Destinasi

Ikuti infografik yang disediakan sebagai panduan ke arah pemanduan yang lebih selamat, bagi mengurangkan risiko bahaya serta memastikan anda tiba ke destinasi dengan selamat.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …