FIRST AID STATION: ZON SELAMAT UNTUK PELANCONG KE MELAKA

Ayer Keroh – Kewujudan ‘First Aid Station’ Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir bukan sahaja meningkatkan aspek keselamatan, malah mewujudkan zon selesa, selain memberi rasa selamat kepada pengunjung serta pelancong.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, pendekatan itu diilhamkan hasil lawatan kerja ke beberapa negara seperti Eropah dan Jepun yang menjadikan kawasan bersejarah sebagai zon bebas kenderaan demi keselesaan pengunjung.

Menurutnya, pengalaman seorang pengunjung dari Sarawak yang ditemu bual baru-baru ini turut mencerminkan keberkesanan inisiatif berkenaan apabila menyifatkan suasana Melaka seolah-olah berada di luar negara.

“Saya sendiri terpegun mendengar pandangan pengunjung tersebut. Ia selari dengan pengalaman saya ketika berada di Eropah dan Jepun di mana kawasan bersejarah dijadikan zon bebas kenderaan sepenuhnya.

“Apabila pengunjung bebas bergerak tanpa gangguan kenderaan, mereka bukan sahaja dapat menikmati keindahan kawasan sekitar, malah secara tidak langsung membantu mempromosikan Melaka melalui perkongsian gambar di media sosial,” katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui di Pejabat MBMB.

Tambah Shadan, penubuhan stesen itu diinspirasikan daripada konsep ‘comfort zone’ di Jepun yang menyediakan kemudahan bantuan kecemasan pada jarak tertentu bagi memastikan keselamatan orang ramai sentiasa terjamin.

“Di Jepun, setiap kira-kira 300 meter disediakan stesen ini yang mana konsepnya adalah memberi keyakinan kepada pengunjung bahawa bantuan segera sentiasa tersedia sekiranya berlaku kecemasan.

“Walaupun kini kita mempunyai satu ‘first aid station’, operasi ini disokong oleh pergerakan pasukan dan anggota terlatih di sekitar kawasan Banda Hilir,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …