6 LELAKI DITAHAN KERANA MERUSUH DI MELAKA RAYA, POLIS SANGKAL BERLAKU TEMBAKAN

Banda Hilir – Enam lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20-an hingga 40-an ditahan susulan kejadian merusuh yang berlaku di kawasan Melaka Raya, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi itu dipercayai berpunca daripada provokasi dan salah faham di antara empat individu sehingga mendapat perhatian orang awam yang berada di tempat kejadian dan berlakunya rusuhan.

Bagaimanapun beliau menyangkal dakwaan berlakunya tembakan dan penemuan dua kelongsong peluru seperti yang tular di media sosial.

“Seramai 12 orang saksi telah diambil keterangan dan mengesahkan tiada sebarang bunyi letupan senjata sewaktu kejadian tersebut berlaku.

“Tangkapan enam lelaki tempatan ini telah membawa kepada rampasan sepucuk pistol daripada salah seorang suspek, namun pistol itu disyaki tiruan,” katanya dalam satu kenyataan.

Christopher berkata, kes tersebut masih dalam siasatan mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 506 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Justeru, pihaknya meminta orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat tidak sah.

“Maklumat tidak sah ini boleh menyebabkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” tegasnya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …