TUJUH INDIVIDU POSITIF KETAMIN DITAHAN DALAM OPS TAPIS NARKOTIK

TAHAN: Antara suspek yang ditahan semasa pelaksanaan Ops Tapis Narkotik.

SANDAKAN: Seramai tujuh individu ditahan selepas didapati positif dadah jenis ketamin dalam Ops Tapis Narkotik yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan di sekitar kawasan Bandar Ramai-ramai, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman berkata, operasi bermula kira-kira jam 11 pagi bertujuan membanteras aktiviti pengedaran serta penagihan dadah di kawasan tumpuan awam.

“Semasa penugasan, pasukan serbuan menahan dua wanita mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain tiga lelaki yang disyaki terbabit penyalahgunaan dadah.

“Serbuan seterusnya dilakukan di bilik berasingan sebelum dua lagi wanita ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan sama,” katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sandakan untuk menjalani ujian saringan awal urine.

“Hasil saringan mendapati semua suspek positif dadah jenis ketamin.

“Susulan itu, kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan ditempatkan di lokap IPD Sandakan bagi tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, pelaksanaan operasi ini selari dengan tekad dalam usaha berterusan membanteras jenayah dadah serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat di daerah ini.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …