KEJAYAAN PELAYARAN PULANG KAPAL EX-USCG CUTTER STEADFAST

Satu lagi detik bersejarah dalam usaha memperkasa keupayaan Maritim Malaysia.
Kapal 𝙀𝙭-𝙐𝙎𝘾𝙂 𝘾𝙪𝙩𝙩𝙚𝙧 𝙎𝙩𝙚𝙖𝙙𝙛𝙖𝙨𝙩 telah diserahkan secara rasmi kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada 5 September 2025 di Baltimore, Amerika Syarikat, sebelum berjaya melengkapkan pelayaran pulang sejauh 10,600 batu nautika.
𝗙𝗮𝗸𝘁𝗮 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘀 :
🚢 Tempoh pelayaran: 𝟓𝟔 hari
🌍 Laluan strategik:
𝐍𝐨𝐫𝐭𝐡 𝐀𝐭𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐜 𝐎𝐜𝐞𝐚𝐧 – 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐭𝐞𝐫𝐫𝐚𝐧𝐞𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐚 – 𝐑𝐞𝐝 𝐒𝐞𝐚 – 𝐆𝐮𝐥𝐟 𝐨𝐟 𝐀𝐝𝐞𝐧 – 𝐈𝐧𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐎𝐜𝐞𝐚𝐧 – 𝐀𝐧𝐝𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐚 – 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚
📍 Tiba di Pelabuhan Klang: 𝟒 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓
Pelayaran merentas benua ini bukan sekadar membawa pulang sebuah kapal, tetapi menjadi simbol komitmen berterusan Maritim Malaysia memperkukuh kedaulatan perairan negara.
‘Dua Dekad Maritim Malaysia — Perisai Samudera Negara’
Sumber : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Artikel/Berita Terkini

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …

ESSCOM REKOD TINDAKAN, RAMPASAN RM407,644 DI BELURAN

RAMPASAN: Antara barang rampasan yang diperoleh dalam operasi berkenaan. BELURAN: Operasi Bersepadu Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) selama dua hari …