PERZIM SASAR 700,000 KUNJUNGI MUZIUM MELAKA TAHUN INI

Ayer Keroh – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mencatat perkembangan positif apabila jumlah pelawat ke muzium-muzium di bawah seliaannya meningkat kepada 615,303 orang tahun 2025 berbanding 603,485 orang tahun 2024.

Pengurus Besar PERZIM Erne Hamsah berkata, peningkatan itu didorong oleh pelaksanaan pelbagai program interaktif dan pendekatan baharu lebih mesra pelawat, khususnya melibatkan keluarga serta golongan muda.

Menurutnya, dalam usaha mencapai sasaran 700,000 pelawat pada tahun ini, PERZIM telah menetapkan beberapa strategi utama.

“Antaranya menganjurkan lebih banyak aktiviti bersesuaian dengan pelbagai peringkat umur, mempergiat promosi dalam dan luar negara serta meningkatkan kempen promosi ke sekolah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA),” katanya.

Mengulas lanjut, Erne berkata PERZIM juga akan meneruskan inisiatif meraikan pengunjung bertuah seperti tahun lalu sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

“Pendekatan ini bukan sahaja menceriakan suasana muzium, malah menggalakkan interaksi kekeluargaan dan minat terhadap warisan budaya,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …