GOLONGAN MUDA DIGALAK TEROKAI PERNIAGAAN MELALUI FRANCAIS

ALBUM: Ewon (tengah) merakamkan gambar kenangan semasa di majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Golongan muda digesa supaya menerokai bidang perniagaan melalui francais yang terbukti berdaya maju dan mampan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ewon Benedick berkata, melalui francais usahawan muda turut mendapat bimbingan, latihan berterusan dan sokongan pemasaran daripada syarikat induk, sekali gus membantu mereka membina perniagaan dengan lebih cepat dan mampan.

“Saya berbangga melihat anak-anak muda berkecimpung dalam sektor francais di mana dua daripada tiga rakan kongsi francaisi SugarBun Express Inanam baru berusia 26 tahun, telahpun menjadi pencipta pekerjaan kepada 10 pekerja di outlet ini.

“Perkembangan ini membuktikan bahawa perniagaan francais mempunyai potensi besar. Oleh itu, saya mengalu-alukan penglibatan lebih ramai usahawan muda untuk menceburi sektor ini, khususnya melalui jenama tempatan yang telah berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan pembukaan rasmi SugarBun Express di EG Mall, Inanam, hari ini.

Beliau berkata, ia merupakan outlet ke-165 SugarBun di seluruh negara dan syarikat ini merancang untuk membuka 40 lagi outlet baharu yang seterusnya dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ewon menegaskan bahawa kerajaan negeri dan Persekutuan mempunyai pelbagai inisiatif sokongan bagi membantu perkembangan industri francais, termasuk pembiayaan, latihan dan bimbingan keusahawanan.

“Kerajaan sentiasa komited memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sebagai antara pemacu utama ekonomi negeri.

“Model francais adalah antara platform terbaik untuk golongan muda memulakan perniagaan dengan lebih tersusun,” katanya.

Beliau berharap SugarBun akan terus berkembang sebagai jenama francais kebanggaan Sabah, bukan sahaja di seluruh negara malah ke peringkat antarabangsa.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …