RM1.5 JUTA UNTUK PEMBANGUNAN PROGRAM KOMUNITI, AGENDA LUAR BANDAR SUNGAI RAMBAI

Sungai Rambai – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi pembangunan pelbagai program komuniti dan agenda luar bandar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, peruntukan berkenaan termasuk untuk Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Festival D’Bendang Negeri Melaka 2025 yang berlangsung di Kem Benteng Negara, Parit Penghulu, Sungai Rambai.

“Kerajaan Negeri amat menghargai kerjasama erat KKDW dalam memperkukuh ekosistem luar bandar melalui pembangunan ekonomi, peningkatan kemahiran, serta penglibatan aktif komuniti yang seterusnya menjadi pemangkin utama pembangunan modal insan luar bandar.

“Saya yakin, pendekatan bersepadu seumpama ini akan terus menjadi penanda aras transformasi komuniti luar bandar, seiring aspirasi Kerajaan Negeri untuk melahirkan masyarakat yang berdaya saing, progresif dan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Festival D’ Bendang Negara di Kem Benteng Negara, Parit Penghulu, Sungai Rambai, di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Siti Faizah Abd Azis.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …