1,343 ANAK-ANAK MASJID TANAH TERIMA SUMBANGAN SEKOLAH MAIM

Lendu – Seramai 1,343 anak-anak asnaf di bawah Parlimen Masjid Tanah menerima Bantuan Persekolahan berjumlah RM350 seorang bagi meringankan beban mereka dan keluarga.

Sumbangan Hayya Ila Madrasah itu melibatkan peruntukan berjumlah RM470,050.00 daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk anak-anak di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Masjid Tanah.

Simbolik penyerahan sumbangan itu telah disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita di Taman Rekreasi Bukit Beringin, semalam.

Mengikut pecahan, jumlah penerima bantuan tertinggi adalah di bawah DUN Kuala Linggi iaitu seramai 390 pelajar; diikuti 311 dari DUN Tanjung Bidara; DUN Ayer Limau (256): DUN Lendu (216) dan 170 dari DUN Kuala Linggi.

Sementara itu, Ab Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara pada sidang media selepas program itu berkata, bantuan tersebut merupakan antara manifestasi keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menyediakan pendidikan lebih baik untuk mereka yang memerlukan.

“Menerusi program ini, kita memberi peluang kepada mereka yang layak (anak-anak asnaf) untuk diberikan bantuan awal persekolahan bertujuan untuk meringankan beban keluarga yang kurang bernasib baik.

“Alhamdulillah, selain bantuan persekolahan, menerusi karnival ini kita turut menyediakan pelbagai manfaat lain untuk pelajar, antaranya menerusi program gunting rambut percuma,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …