DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Ts. Azizee bin Ismail, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) Pulau Pinang yang diketuai oleh Pengerusinya, Dato’ Seri Ong Poh Eng bertempat di Bilik Tetamu, Seri Mutiara, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.
Tujuan kunjungan hormat ini adalah bagi mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia Kontinjen Pulau Pinang dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) Pulau Pinang, khususnya dalam usaha pencegahan jenayah, perkongsian maklumat serta pelaksanaan program kesedaran keselamatan dalam kalangan masyarakat.
Sumber : PDRM Pulau Pinang https://www.facebook.com/PolisPulauPinang



