KPDN SABAH REKOD RAMPASAN LEBIH RM30.37 JUTA SEHINGGA NOVEMBER

PETER

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah merekodkan nilai rampasan berjumlah RM30,378,881.51 hasil pemeriksaan premis perniagaan di seluruh negeri sepanjang tempoh 1 Januari hingga 30 November 2025.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Sabah, Peter J. Berinus Agang berkata, nilai rampasan terbabit dicatat susulan 1,534 tindakan kes mengikut pelbagai akta yang dikuatkuasakan kementerian, sekali gus menunjukkan peningkatan ketara berbanding RM9,132,304.17 bagi tempoh sama tahun lalu.

“Dalam tempoh berkenaan, KPDN Sabah melaksanakan sebanyak 136,600 pemeriksaan premis melibatkan kawasan bandar dan luar bandar, meningkat hampir dua kali ganda berbanding 67,972 pemeriksaan pada 2024.

“Pemeriksaan digerakkan menerusi beberapa operasi penguatkuasaan utama termasuk Ops Tiris, Ops Ria dan Ops Kesan 4.0 bagi memastikan pematuhan undang-undang perdagangan serta membanteras ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, selain rampasan, KPDN Sabah juga mengeluarkan kompaun bernilai RM662,250 membabitkan pelbagai kesalahan, manakala 96 kes dibawa ke mahkamah sepanjang 2025.

“Dalam aspek perlindungan pengguna, kementerian menerima 1,967 aduan di seluruh Sabah dengan 1,861 aduan berjaya diselesaikan dan 106 aduan masih dalam siasatan.

“Kesemua operasi penguatkuasaan digerakkan oleh 204 pegawai penguat kuasa KPDN di seluruh negeri bagi memastikan bekalan barangan keperluan sentiasa mencukupi dan aktiviti perniagaan berjalan selaras dengan perundangan sedia ada,” katanya.

Katanya, usaha penguatkuasaan turut dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) , Pasukan Polis Marin (PPM) dan pihak berkuasa tempatan.

“Kerjasama antara agensi berkenaan membantu memperkukuh tindakan membanteras ketirisan barangan kawalan khususnya di sempadan dan perairan negara.

“Pada masa sama, KPDN Sabah menyeru orang ramai berperanan sebagai mata dan telinga dengan menyalurkan maklumat berkaitan peniaga tidak beretika atau sebarang pelanggaran undang-undang perdagangan.

“Aduan boleh dikemukakan melalui WhatsApp 019-279 4317 atau 019-848 8000, portal eAduan KPDN, talian 1-800-886 800, emel eaduan@kpdn.gov.my, aplikasi Ez ADU KPDN, Pusat Arahan Penguatkuasaan atau secara bertulis ke pejabat KPDN berhampiran,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

LANGKAH ATASI KESESAKAN SBCP BANTU SEKTOR PERNIAGAAN SABAH: EWON

SBCP: Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar. (Gambar kecil: Ewon) KOTA KINABALU: Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Datuk Ewon Benedick menyambut baik …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Program Jualan RAHMAH MADANI Parlimen Bukit Mertajam,  DUN Machang Bubok telah diadakan di Perkampungan Taman …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Program Jualan RAHMAH MADANI Parlimen Bukit Gelugor,  DUN Ayer Itam telah diadakan di Masjid Jamek …