MARITIM MALAYSIA SELAMATKAN NELAYAN THAILAND CEDERA PARAH

Langkawi – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis melaksanakan pelayaran ihsan bagi menyelamat seorang nelayan warga Thailand yang cedera parah dalam kejadian di perairan barat Tanjung Chinchin, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira enam batu nautika dari Tanjung Chinchin itu, mangsa, Sucha, 39, dilaporkan mengalami kecederaan serius pada bahagian muka selepas terkena tali ketika berada di atas bot nelayan.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi pada pukul 6.50 petang.

Menurutnya, sejurus maklumat diterima, Prosedur Operasi Kecemasan (POC) segera diaktifkan sebelum Bot PETIR 81 digerakkan ke lokasi kejadian pada pukul 7.10 malam bagi memberikan bantuan.

Beliau berkata, mangsa tiba di jeti pada pukul 8.05 malam dan seterusnya diserahkan kepada pihak Hospital Sultanah Maliha untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menurut Romli, operasi pelayaran ihsan itu selesai sepenuhnya pada pukul 8.30 malam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan komuniti maritim supaya segera melaporkan sebarang kecemasan di laut kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-966 2750 atau melalui MERS 999.

Sumber : Malaysia Tribune / by Khadijah Mohamad Nor

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …