30 RUMAH MUSNAH DALAM KEBAKARAN DI TAWAU

Pasukan bomba giat memadamkan kebakaran di Lorong Jade 4, Kampung Sri Aman, Jalan Apas, di Tawau, semalam. – Gambar JBPM Sabah

TAWAU: Sebanyak 30 buah rumah atas air separuh kekal musnah dalam kebakaran di Lorong Jade 4, Kampung Sri Aman, Jalan Apas, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.23 malam dan menggerakkan 17 anggota ke lokasi kejadian, kira-kira tujuh kilometer dari balai, sebelum tiba 10 minit kemudian.

“Bagi memastikan bekalan air mencukupi sepanjang operasi, pasukan bomba turut menggunakan pam angkut serta sistem relay air daripada jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Water Tanker,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi pemadaman turut dibantu enam anggota masing-masing dari BBP Kunak dan Bomba Komuniti Kampung Titingan, dengan pemadaman dijalankan menggunakan tiga kaedah termasuk pancutan air dari pili bomba serta sumber air terbuka dari laut.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak serta menyelamatkan kira-kira 300 buah rumah sebelum operasi ditamatkan pada 3.10 pagi.

Katanya punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …