MUDAHKAN URUSAN 4,900 PESAKIT, MELAKA TAMBAH PERUNTUKAN ‘MESRA AMBULANS’

Seri Negeri – Kerajaan Negeri menambah peruntukkan bagi Program Mesra Ambulans kepada RM2.5 juta menerusi Bajet Negeri Melaka 2026, susulan peningkatan jumlah permintaan bagi mendapatkan perkhidmatan itu.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata, sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan bagi Program Mesra Ambulans tahun ini, namun sudah melepasi RM1.62 juta setakat Oktober lalu dan dijangka meningkat kepada RM2 juta hujung Disember nanti.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang meluluskan penambahan peruntukan bagi inisiatif, sekali gus memberikan manfaatkan kepada lebih ramai rakyat Melaka khususnya dalam kalangan B40, mereka menghidap penyakit kronik dan terlantar.

“Peruntukan dibelanjakan ini memberikan keselesaan dan kemudahan kepada lebih 4,900 pesakit,” katanya pada sidang media selepas menghadiri pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, di sini, semalam.

Hee Sem yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya berkata, berikutan permintaan yang tinggi hanya pemohon yang layak sahaja diluluskan.

Katanya, perkhidmatan ambulans juga diperluaskan ke beberapa hospital rujukan luar Melaka termasuk Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Johor, Hospital Tampin, Negeri Sembilan, Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang dan Hospital Rawang, Selangor yang menjadi penanda aras harga siling RM250.

“Disebabkan peningkatan, kita berharap Japerun dan ketua kampung meneliti permohonan supaya tiada pihak mengambil kesempatan terhadap inisiatif ini,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …