MELAKA BANGUNKAN PLATFORM E-DAGANG BANTU USAHAWAN

Seri Negeri – Kerajaan Negeri bakal memperkenalkan platform e-dagang dalam usaha memperkasakan usahawan di negeri ini.

Exco Pembangunan Usahawan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Soh Chin berkata, platform itu dibangunkan menerusi peruntukan kewangan dibawah inisiatif Program Pembangunan Usahawan.

“Kerajaan Negeri menerusi Mesyuarat Exco telah membuat keputusan dan meluluskan dengan cadangan mengadakan satu platform yang mempunyai ‘website’.

“Usahawan yang berjaya akan dapat memasarkan atau menjual produk mereka disemua aplikasi media sosial hanya menerusi platform e-dagang dibangunkan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang berkata demikian kepada media
pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, di sini, semalam.

Menurut Allex, kira-kira 120 orang usahawan dijangka akan menerima manfaat menerusi platform e-dagang yang akan dilancarkan pada bulan ini.

“Platform itu sudah siap dan kini diperingkat akhir untuk dilakukan persiapan sebelum dilancar tidak lama lagi.

“Pembangunan platform e-dagang ini sudah dilihat secara terperinci selain telah dijalankan kajian bagi melihat keberkesanan. Selain platform ini juga amat mudah,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

RAKYAT SABAH PERLU TERUS PELIHARA PERPADUAN, KEHARMONIAN

ALBUM: Musa (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan pada majlis itu. KOTA KINABALU: Rakyat Sabah perlu terus memelihara perpaduan, keharmonian dan …

PENAMPANG DAN KOTA KINABALU DIISYTIHAR BENCANA BANJIR

BENCANA: Pengisytiharan bencana bagi kedua-dua daerah susulan keadaan banjir semakin buruk. KOTA KINABALU: Daerah Penampang dan Kota Kinabalu diisytihar sebagai …

30 MANGSA BANJIR DIPINDAHKAN KE PPS DI PENAMPANG

PINDAH: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. PENAMPANG: Seramai 30 mangsa daripada tiga lokasi terjejas banjir …