SELAYANG BARU DISERBU, 843 PENDATANG TANPA IZIN DITAHAN

OPERASI BERSEPADU PATI NEGERI SELANGOR

Selayang Baru, Gombak, 6 Disember 2025 

Lokasi ‘hotspot’ pendatang asing tanpa izin (PATI) di Selayang Baru ‘digegar’ menerusi operasi besar-besaran pada 6 Disember 2025 (Sabtu) yang diselaraskan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor.

Operasi bermula jam 8 malam diketuai Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta pihak berkuasa tempatan.

Seramai 843 disyaki PATI termasuk 35 wanita ditahan hasil pemeriksaan 1,116 individu oleh JIM.

“Pecahan yang ditahan ialah 647 warga Myanmar, Nepal (102), Bangladesh (79), Indonesia (15 ) serta India (10).

“Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 21 hingga 53 tahun disyaki melakukan kesalahan tiada dokumen pengenalan diri, langgar syarat pas, tinggal lebih masa serta pemegang kad yang tidak diiktiraf,

Operasi Bersepadu ini akan diteruskan secara kesinambungan bagi mengesan, menangkap, mendakwa serta mengusir warga asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara, selaras dengan peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Beliau turut mengingatkan orang ramai dan para majikan agar tidak melindungi PATI, kerana tindakan tersebut merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang. Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan PATI atau aktiviti yang mencurigakan digalakkan untuk tampil menyalurkan maklumat tersebut bagi membantu pihak Jabatan Imigresen Malaysia dalam memperkukuh usaha penguatkuasaan. – MKN Selangor

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …