MELAKA PASTIKAN PEMBANGUNAN TIDAK JEJASKAN WARISAN BERSEJARAH

Seri Negeri – Kerajaan Negeri akan mengimbangi pembangunan komersial Straits Of Melaka Waterfront Economic Zone (SM-WEZ) susulan penemuan rangka kapal purba dan artifak di pesisir Pulau Melaka.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, walaupun kawasan penemuan itu terletak dalam zon SM-WEZ dan tanah persendirian milik Chin Hin Property (M) Sdn Bhd, Kerajaan Negeri tetap memberi jaminan bahawa warisan maritim tersebut tidak akan diketepikan.

“Penemuan ini menuntut kita memastikan keseimbangan antara pembangunan pesisiran pantai dan pemeliharaan warisan sejarah Melaka terus menjadi keutamaan.

“Susulan penemuan itu, perbincangan bersama pemilik tanah akan diadakan bagi memaklumkan status tapak serta membincangkan perancangan seterusnya agar kepentingan warisan tidak terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Leng Chau Yen (PH–Banda Hilir) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Menurutnya, tindakan segera diambil termasuk perlindungan kawasan jumpaan, dokumentasi awal seperti pemetaan tapak dan pengumpulan data artifak selain penangguhan sementara aktiviti pembangunan sehingga penilaian lengkap diperoleh daripada pakar.

“Kerajaan Negeri turut mengiktiraf kawasan tersebut berpotensi menjadi produk pelancongan baharu dalam bidang warisan dan arkeologi maritim selain menyokong cadangan menjadikannya pusat penyelidikan dan pendidikan arkeologi maritim.

“Cadangan penubuhan Muzium Sejarah Maritim Melaka turut dikaitkan dengan usaha ini termasuk menjadikan tapak jumpaan sebagai lokasi eks­kavasi maritim ‘in-situ’ bagi memperkukuh fungsi muzium tersebut,” katanya.

Katanya, bagi pelan jangka pendek dalam tempoh satu hingga enam bulan, kerja ekskavasi terperinci dan penilaian tahap kepentingan warisan akan dilaksanakan.

“Ini bagi menentukan zon perlindungan yang sesuai dan boleh melaksanakan perincian seterusnya selepas penyelidikan dijalankan,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …