MELAKA TAMBAH PERUNTUKAN RANCAKKAN PEMBANGUNAN USAHAWAN, KOPERASI

Seri Negeri – Kerajaan Negeri memperuntukkan dana yang besar bagi melaksanakan pelbagai program berkaitan pembangunan usahawan dan koperasi di Melaka sepanjang 2026.

Exco Pembangunan Usahawan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Soh Chin berkata, peruntukkan itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ketika membentangkan Bajet Negeri Melaka 2026 pada Jumaat.

Katanya, peruntukan itu secara tidak langsung mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan ekosistem keusahawanan dan koperasi di Melaka terus mampan dan berdaya saing.

“Sebelum ini sebanyak RM200,000 disediakan Kerajaan Negeri dan untuk 2026 diluluskan sebanyak RM300,000. Peningkatan peruntukkan ini sudah pasti akan mengukuhkan lagi ekosistem keusahawanan dan koperasi tempatan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang ditemui selepas Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, pada Jumaat.

Menurut Allex, Bajet Negeri Melaka 2026 turut membawa khabar gembira untuk usahawan apabila turut diumumkan peruntukan berjumlah RM300,000 bagi pelaksanaan Program Jelajah Usahawan Mana Lagi… Melaka Ler.

“Menerusi program ini usahawan akan mendapat bantuan daripada aspek pemasaran bertujuan meluaskan lagi pasaran produk masing-masing dan tidak lagi terhad di Melaka sahaja.

“Saya boleh rumuskan Bajet Negeri Melaka 2026 bukan sahaja merangkumi pembangunan usahawan dan koperasi tetapi memartabatkan keusahawanan sebagai antara pemacu ekonomi negeri,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …

ESSCOM REKOD TINDAKAN, RAMPASAN RM407,644 DI BELURAN

RAMPASAN: Antara barang rampasan yang diperoleh dalam operasi berkenaan. BELURAN: Operasi Bersepadu Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) selama dua hari …