1,500 KAMPIT BERAS MELAKA DIPASARKAN SETIAP BULAN BERMULA 2026

Melaka – Kerajaan negeri bercadang mengeluarkan 1,500 kampit Beras Melaka sebulan bermula 2026, kata Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 12,376 kampit berjaya dikeluarkan sejak tuaian fasa pertama projek penanaman padi pada Mac lepas.

“Bagi fasa ketiga yang bermula bulan ini hingga tahun depan, kita merancang untuk mengeluarkan 1,500 kampit beras putih 10 kilogram pada harga RM26 sekampit,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini pada Selasa.

Dr Muhamad Akmal berkata, meskipun Melaka bukan di bawah Skim Jelapang Padi, namun negeri ini berjaya mengeluarkan beras dan benih padi sendiri.

“Projek ini bukan gimik, inilah yang kita lakukan. Kedah walaupun negeri jelapang padi, tetapi tidak mengeluarkan beras sendiri. Kita lakukan projek ini secara berfasa dan realistik tanpa gunakan dana kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata, bagi tempoh Januari hingga November lepas, terdapat 1,590.36 hektar sawah yang diusahakan 450 petani di negeri ini dengan pengeluaran padi sebanyak 6,779.93 tan metrik.

Sumber : Sinar/Bernama

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …