PROGRAM RANCAKKAN MADANI BERSAMA MALAYSIAKU SERTA KONVENSYEN NASIONAL REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2025

Orang ramai di jemput memeriahkan Program Rancakkan MADANI  Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 yang akan berlangsung dari 5 hingga 7 Disember di Dataran Putrajaya, menghimpunkan pelbagai dasar serta inisiatif utama kerajaan di bawah bumbung.

Unit Pelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dalam kenyataan memaklumkan program anjuran Pejabat Perdana Menteri itu dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam, dan Perbadanan Produktiviti bertujuan menonjolkan pencapaian dasar serta keberhasilan inisiatif kerajaan secara telus, sekali gus memperkukuh pemahaman rakyat terhadap hala tuju Malaysia MADANI.

Lebih menarik, buat julung kali, tujuh segmen nasional dipersembahkan serentak merangkumi Produk Rakyat MADANI, Kesejahteraan Rakyat MADANI, Kepengerusian ASEAN dan Hubungan Antarabangsa, Ukhuwah Rakyat MADANI, Belia MADANI, Tahun Melawat Malaysia 2026 dan ARPA melalui Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025.

Selain  berperanan sebagai platform mempromosikan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) melalui pendekatan Associated and Integrated Strategy, ARPA digerakkan bagi memastikan perkhidmatan kerajaan kekal cekap, berintegriti dan berorientasikan rakyat.

Ia juga membuka ruang interaksi langsung antara rakyat dan pimpinan kerajaan, termasuk Perdana Menteri, Jemaah Menteri serta barisan kepimpinan tertinggi negara, bagi mendengar pandangan dan memahami keperluan masyarakat.

Selain berpeluang melihat bagaimana pelaksanaan pelbagai inisiatif memeri manfaat kepada komuniti dan sektor ekonomi.

Penganjuran ini memberi penyediaan pelbagai aktiviti keluarga, pameran dan perkhidmatan percuma termasuk pameran aset pertahanan dan ATM, perkhidmatan kesihatan, TVET dan STEM, karnival kerjaya, mini karnival pelancongan, Jualan Rahmah, Fiesta Coffee, servis motosikal percuma, gunting rambut percuma, pertandingan sukan jalanan serta e-sukan.

Turut diadakan program penukaran topi keledar percuma, pesta buku, pertunjukkan kucing, aktiviti untuk kanak-kanak, deretan pilihan makanan dan banyak lagi sesuai seisi keluarga.

Sebagai komponen utama, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 akan menampilkan ucaptama kedua-dua Timbalan Perdana Menteri selain siri forum merentas pelbagai sektor yang membincangkan masa depan reformasi perkhidmatan awam.

Dalam pada itu PACU memaklumkan majlis penutupan pada 7 Disember akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum sesi townhall dan walkabout bersama pengunjung.

Program ini meneruskan tradisi pelaporan tahunan kerajaan melalui Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI (PSBKM) dan Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM), sebagai simbol komitmen kerajaan terhadap penyampaian yang telus, berterusan dan berpaksikan rakyat. – MalaysiaMADANI

Artikel/Berita Terkini

OSTEX EAST 1/26 TINGKAT KEUPAYAAN TEMPUR ARMADA TIMUR

PERKASA: Pelaksanaan latihan itu merupakan persiapan strategik ke arah Eksesais KERISMAS 29/26. KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui …

KUASA PELAKSANAAN 83 PROJEK BALB DISERAH KEPADA KERAJAAN NEGERI SABAH AHMAD ZAHID

Ahmad Zahid mengadakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan penyerahan Projek BALB kepada Kerajaan Negeri Sabah di pejabat Kementerian Pembangunan Luar …

26 TONG SISA BAHAN KIMIA DITEMUKAN DALAM KEBUN KELAPA SAWIT

Sebanyak 26 tong berisi sisa bahan kimia ditemukan di kawasan kebun kelapa sawit di FELCRA Air Hitam, Seri Jempol.  Pusat …