OPERASI BERSEPADU PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 

Operasi bersepadu 33.0 telah dilaksanakan pada 30 November 2025, berikutan ketibaan kapal MS PIANO LAND jam 10.30 pagi di Swettenham Pier Cruis Terminal (SPCT). Seperti operasi terdahulu, objektif utama adalah memastikan sistem pengurusan perkhidmatan pengangkutan penumpang kapal kruis di SPCT berjalan dengan lancar dan berkesan. Selain itu, aktiviti kenderaan ‘sapu’, pelanggaran undang-undang lalu lintas, serta isu kesesakan lalu lintas di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah sewaktu ketibaan kapal turut diberi perhatian dalam operasi ini.
Operasi bersepadu 33.0 ini diterajui oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan turut melibatkan agensi lain seperti PDRM dan MBPP, dengan seramai 9 orang anggota yang terlibat. Operasi bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Hasil daripada operasi tersebut, sebanyak satu (1) saman telah dikeluarkan oleh pihak MBPP.
Sumber : Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang https://www.facebook.com/SuruhanjayaPelabuhanPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …