DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Program MBSP Santuni Komuniti telah berlangsung dengan jayanya hari ini di Surau Al-Muhsinin, Taman Sepadu, Tasek Gelugor. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Datoβ Haji Baderul Amin bin Abdul Hamid, Datuk Bandar Seberang Perai. Turut hadir menyerikan majlis ialah Ahli Majlis MBSP; Ketua Jabatan serta Pegawai Kanan MBSP.
Datuk Bandar menekankan komitmen MBSP untuk terus mendekati rakyat, mendengar keperluan komuniti dan memastikan penyampaian perkhidmatan dilaksanakan dengan lebih berkesan. Program ini menjadi platform penting untuk mengukuhkan hubungan antara MBSP dan masyarakat setempat, selain memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk.
Sumber : Majlis Bandaraya Seberang PeraiΒ https://www.facebook.com/mbsp.pg



