COD (CASH ON DELIVERY) DENGAN SELAMAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

COD (CASH ON DELIVERY) DENGAN SELAMAT

Antara perkara yang terlibat dalam proses jual beli dalam talian adalah COD. Ingat perkara ini:
1. Berurusan di tempat awam. Pilih lokasi terbuka seperti balai polis, stesen minyak, atau pusat membeli-belah yang ada CCTV.
2. Jangan bawa wang tunai terlalu banyak. Kalau nilai barang tinggi, buat pindahan bank di tempat kejadian (duit masuk, baru serah barang).
3. Elak berjumpa di tempat sunyi. Jika penjual atau pembeli ajak ke lokasi terpencil — tolak dengan sopan.
4. Datang bersama rakan. Lebih baik jika ada teman sebagai saksi dan langkah keselamatan.
5. Periksa barang sebelum bayar. Pastikan barang diterima dalam keadaan seperti yang dijanjikan.
6. Jangan tunjukkan wang lebih awal. Tunggu sehingga barang disahkan dahulu.
7. Rekod komunikasi. Simpan mesej, nombor telefon, atau iklan (boleh jadi bukti jika berlaku penipuan).
Jangan biarkan scammer semakin bijak dari kita‼️
Sumber : Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPD Timur Laut, Pulau Pinang https://www.facebook.com/profile.php?id=61573168117620

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …