SANTUNI KOMUNITI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Program MBSP Santuni Komuniti telah berlangsung dengan jayanya hari ini di Surau Al-Muhsinin, Taman Sepadu, Tasek Gelugor. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Baderul Amin bin Abdul Hamid, Datuk Bandar Seberang Perai. Turut hadir menyerikan majlis ialah Ahli Majlis MBSP; Ketua Jabatan serta Pegawai Kanan MBSP.

Datuk Bandar menekankan komitmen MBSP untuk terus mendekati rakyat, mendengar keperluan komuniti dan memastikan penyampaian perkhidmatan dilaksanakan dengan lebih berkesan. Program ini menjadi platform penting untuk mengukuhkan hubungan antara MBSP dan masyarakat setempat, selain memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk.

Sumber : Majlis Bandaraya Seberang PeraiΒ https://www.facebook.com/mbsp.pg

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …