DOF BELUM TERIMA ADUAN KES CURI HIDUPAN MARIN DI PORT DICKSON

Jabatan Perikanan (DOF) Negeri Sembilan setakat ini tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung dakwaan berlakunya kegiatan mencuri hidupan marin di perairan Pantai Tanjung Biru hingga ke Tanjung Tuan di sini.

Menurut Pengarahnya, Kassim Tawe, mana-mana pihak atau individu yang mempunyai maklumat diminta menghubungi DOF bagi membolehkan tindakan lanjut diambil. Setakat ini hanya satu kes pencerobohan nelayan dilaporkan berlaku di kawasan terbabit dan tindakan menyita peralatan serta sampan mereka telah pun diambil.

Pihaknya beranggapan kes kecurian hidupan marin itu sekadar andaian sahaja kerana sehingga kini tiada aduan rasmi dibuat kepada jabatan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil. Setakat ini, yang ada hanyalah kes tangkapan nelayan menceroboh tetapi bagi kegiatan mencuri atau mengambil ikan secara haram di kawasan itu memang tiada laporan diterima.

Kawasan perairan sejauh satu batu nautika di Tanjung Tuan telah diwartakan sebagai Kawasan Larangan Perikanan di bawah Akta Perikanan 1985. Ini bermakna semua jenis aktiviti perikanan seperti memancing, memukat dan mengutip hasil laut adalah dilarang di kawasan itu.Jika didapati melanggarnya boleh dikenakan denda minimum RM500 atau denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …