SAVEME 999 DEAF

Aplikasi ini direka khusus bagi penduduk Malaysia yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan untuk menghubungi 999 jika berlaku sebarang kecemasan.

Bagi kumpulan pengguna ini, aplikasi SaveME 999 DEAF berfungsi sebagai satu alat bagi mereka menghantar permohonan bantuan kecemasan melalui saluran tanpa suara.

Aplikasi ini menggunakan kemudahan internet jalur lebar bagi menghantar permohonan kecemasan. Ia juga menggunakan Global Positioning System (GPS) bagi menentukan kedudukan pengguna. Pengguna boleh mengaktifkan aplikasi ini dengan menekan ikon ‘SaveME 999 DEAF’ pada skrin telefon pintar. Apabila permohonan bantuan kecemasan dibuat, alamat GPS, maklumat pendaftaran pengguna dan jenis kecemasan akan dihantar ke Pusat Panggilan Kecemasan 999.

Maklumat tambahan berkenaan insiden dan lokasi kejadian juga boleh ditambah ke dalam permohonan yang dihantar. Semua maklumat ini akan dapat membantu pihak agensi kecemasan bagi menghantar bantuan dengan lebih cepat dan tepat.

Aplikasi SaveME 999 DEAF pasti akan memberi manfaat kepada pengguna dengan menyediakan perkhidmatan di seluruh negara serta merangkumi semua jenis bentuk insiden kecemasan.

 

CARA PENGGUNAAN SAVEME 999 DEAF

Langkah 1

  • Pilih jenis kecemasan yang ingin dilaporkan yang bersesuaian dengan situasi anda.

Langkah 2

  • Tedapat 10 pilihan jenis kecemasan yang boleh dipilih. Di samping itu, terdapat kemudahan lain iaitu panggilan ke 999 dan maklumat agensi kecemasan terdekat.

Langkah 3

  • Setelah jenis kecemasan dipilih, masukkan butiran maklumat seperti lokasi insiden dan maklumat kejadian. Di samping itu, anda juga boleh mengambil gambar untuk dihantar sekali. Paparan peta akan menunjukkan lokasi GPS anda.

Langkah 4

  • Setelah maklumat lengkap, anda boleh menekan butang hantar. Tindakan seterusnya akan dikendalikan oleh Pusat Panggilan Kecemasan 999 yang berhubung dengan agensi kecemasan MERS999. Bantuan akan dihantar dengan segera.

Amaran Penyalahgunaan Nombor 999

“Penyalahgunaan talian 999 adalah satu kesalahan di bawah Subseksyen 233(2) AKM 1998 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen 233(1) adalah, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM500,000, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun, atau kedua-duanya. Jika kesalahan itu berterusan selepas pensabitan, pesalah boleh didenda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari atau sebahagian hari kesalahan itu diteruskan.”

 

*Sumber MERS 999

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …