PROGRAM BERSAMA KOMUNITI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang terus komited mendekati masyarakat dan kerjasama dengan rakan strategik melalui perkongsian ilmu berkaitan keselamatan jalan raya dalam Program Keselamatan Perjalanan bertempat di Terminal Minyak PETRON Bagan Luar.

Ceramah untuk sesi kali ini lebih memfokuskan kepada :-
✅ Pematuhan kepada peraturan lalu lintas berdasar Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.
✅ Membudayakan Penunggangan Selamat:
– Pemakaian topi keledar mengikut spesifikasi dan piawaian standard Malaysia.
– Pemakaian tali pinggang keledar bagi semua pemandu dan penumpang kenderaan persendirian.
– Pemakaian Selamat dan kebolehlihatan ketika menunggang dan membonceng motosikal.
– Mengenal pasti zon titik buta kenderaan dan kaedah memotong dengan selamat.
– Kepentingan pengetahuan tentang jarak selamat dan pematuhan had laju.
– Kepentingan pemeriksaan dan penyelenggaraan kenderaan sebelum memulakan perjalanan.
– Tujuh Gaya Penunggangan Selamat untuk memberi keselesaan ketika menunggang dan membolehkan penunggang menilai risiko dan bagaimana untuk bertindak balas dengan bijak dalam situasi berbahaya.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …