PSH MELAKA GIAT ANJUR KEMPEN KESEDARAN KESIHATAN

Bandaraya Melaka – Usaha meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat tentang kesihatan menjadi keutamaan Putra Specialist Hospital (PSH) Melaka dengan penganjuran pelbagai program secara berkala.

Pakar Perunding Pembedahan Am PSH Melaka Dr. Noorharisman Ideris berkata, kempen atau program kesedaran kesihatan perlu dilaksanakan memandangkan terdapat peningkatan kes membabitkan beberapa penyakit khususnya kencing manis atau diabetis.

“Justeru itu kami di PSH giat melaksanakan pelbagai usaha termasuk penganjuran program berkaitan penyakit-penyakit berisiko seperti diabetes, jantung dan kanser.

“Misalnya untuk penyakit diabetis setiap tahun kami mengadakan kempen meskipun hanya membabitkan penglibatan dalaman.

“Melihat kepada sambutan menggalakkan dan kesedaran masyarakat yang semakin meningkat, kali ini PSH mengambil pendekatan dengan membabitkan penyertaan komuniti luar termasuk badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Hari Diabetes Sedunia Anjuran PSH Melaka, di pusat perubatan itu, di sini, hari ini.

Menurut Dr. Noorharisman, kesedaran masyarakat mengenai sesuatu penyakit amat penting sebagai langkah penjagaan kesihatan sekali gus dapat menggalakkan amalan gaya hidup sihat.

“Kesihatan adalah tanggungjawab bersama dan kami akan terus memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan perubatan yang proaktif dan responsif kepada keperluan komuniti,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …