LAPAN SEKELUARGA DIPINDAHKAN AKIBAT BANJIR DI TAWAU

SELAMAT: Lapan sekeluarga berjaya dipindahkan ke lokasi selamat oleh pasukan bomba.

TAWAU: Lapan sekeluarga berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Kampung Sungai Gading Batu 15, di sini, dinaiki air akibat banjir, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 pagi, air mula melimpah masuk ke kawasan rumah mereka selepas hujan lebat berterusan sejak awal pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Timbalan Penguasa Bomba Jemishin Ujin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian balai pada jam 8.35 pagi.

Katanya, tujuh anggota bersama dua jentera dan sebuah bot digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 29 kilometer dari balai bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Setiba di lokasi pada jam 9.21 pagi, pasukan mendapati lapan mangsa daripada satu keluarga terperangkap di kawasan rumah yang dinaiki air.

“Pasukan bomba segera melaksanakan operasi pemindahan menggunakan bot dan membawa semua mangsa ke tempat selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua mangsa termasuk dua wanita dewasa serta enam kanak-kanak berpindah sementara ke rumah keluarga terdekat.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan semua mangsa kini berada dalam keadaan selamat.

“Operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.20 pagi selepas keadaan di lokasi terkawal,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …