WRUR: EMPAT PBT SENTIASA DEKAT DI HATI RAKYAT MELAKA

Durian Tunggal – Kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini komited membantu menyelesaikan pelbagai permasalahan dan isu rakyat terutama sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang berlangsung mengikut giliran di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka.

Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin, berkata kawasan pentadbiran PBT turut melibatkan DUN, sehubungan itu mereka mahu bersama-sama untuk menjayakan WRUR demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Menurut Zulkiflee, kesemua PBT komited menjadikan WRUR sebagai platform khidmat masyarakat dengan mengenal pasti dan menyelesaikan isu-isu tempatan melibatkan tanggungjawab masing-masing.

“Pada Program WRUR DUN Durian Tunggal ini, dua PBT terlibat iaitu Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

“Peranan mereka bukan sekadar membaiki rumah, tetapi turut membantu menyelesaikan pelbagai isu dibangkitkan komuniti sepanjang dua minggu penganjuran WRUR,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Program Masyarakat Di Hati MPAG Tahun 2025 di Kampung Panchor, di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal merangkap Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Zahari Abd Kalil, Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar; Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas serta Yang Dipertua MPAG, Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Mengulas lanjut, Zulkiflee berkata, PBT terlibat turut bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi berkaitan bagi menyelaraskan tindakan penyelesaian berhubung aduan dan memastikan bantuan atau sumbangan disampaikan memberikan impak kepada penerima.

“Contoh, bagi program baik pulih rumah penduduk di Kampung Pulau dan Kampung Panchor, MPAG bekerjasama rapat dengan Pejabat Daerah Alor Gajah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyemak setiap kes yang dibangkitkan di peringkat komuniti.

“Pejabat Daerah Alor Gajah dan MPAG adalah antara pihak utama yang meneliti setiap masalah yang dibawa oleh Adun kawasan,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …