Stockholm syndrome atau juga dikenali sebagai “ ikatan trauma” atau “ikatan dengan pelaku” merupakan satu keadaan psikologi di mana mangsa penderaan mula menunjukkan simpati, kasih atau kesetiaan terhadap pelaku yang menyakitinya. Ada wanita yang disakiti, dimanipulasi, bahkan diperlakukan seperti tikus makmal atas nama cinta dan kerjaya namun tetap tidak menyalahkan lelaki itu. Rasa sayang menutupi segala kesalahan serta penderaan yang dilakukan oleh seseorang lelaki itu.
Dalam hubungan toksik atau keganasan rumah tangga, pelaku sering mengawal mangsa melalui ketakutan dan “kasih sayang” yang bersilih ganti. Hari ini disakiti, esok dipujuk dan diberi perhatian. Kitaran ini buat mangsa keliru secara emosi, lalu otak cuba menyesuaikan diri dengan cara “ mungkin dia buat sebab sayang”. Lama-kelamaan, mangsa mula percaya hanya pelaku yang mampu “melindungi” dirinya.
Sumber: Public Health Malaysia



