LELAKI WARGA ASING UGUT CEDERAKAN WANITA DAN ANAK DITAHAN

TANGKAP: Suspek berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas bertindak mengugut mahu mencederakan seorang wanita dan anaknya dalam kejadian di Kampung Serudong Laut, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian berlaku apabila suspek datang ke rumah mangsa untuk meminta makanan sebelum masuk ke dalam rumah tanpa kebenaran.

Katanya, tindakan biadab itu ditegur oleh anak wanita berkenaan sebelum suspek naik berang dan mula mengeluarkan kata-kata ugutan.

“Suspek mengancam mahu mencederakan mangsa dan anaknya. Bimbang keselamatan diri serta keluarga, wanita terbabit tampil membuat laporan di balai polis berhampiran

“Bertindak atas laporan, sepasukan anggota daripada Balai Polis Wallace Bay digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengesan suspek,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Menurutnya, hasil maklumat dan risikan, polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing berusia 35 tahun di sebuah kebun kelapa sawit berhampiran kampung berkenaan.

“Turut dirampas sebilah pisau bedik yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Beliau dalam masa sama menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada serta segera melaporkan kepada polis sekiranya berdepan ancaman keselamatan di kawasan masing-masing.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …