LANGKAH PROAKTIF MENANGANI ANCAMAN SCAM DI MALAYSIA

Dalam era digital yang semakin canggih, kegiatan penipuan atau scam kini menjadi ancaman utama kepada keselamatan ekonomi dan sosial rakyat Malaysia. Statistik menunjukkan peningkatan ketara dalam kes penipuan dalam talian, termasuk panggilan palsu, mesej phishing dan penyamaran identiti di media sosial. Oleh itu, langkah-langkah strategik dan tersusun perlu diambil bagi memastikan rakyat dilindungi daripada sindiket penipuan yang semakin licik.

Penubuhan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC)

Pada tahun 2022, Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (National Scam Response Centre (NSRC)) telah ditubuhkan sebagai pusat operasi untuk menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian. Tindak balas ini termasuk pengesanan dana yang dicuri secara lebih cepat dan pengambilan tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah.

NSRC merupakan usaha sama antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (National Anti-Financial Crime Centre, NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta institusi kewangan dan industri telekomunikasi. NSRC menghimpunkan sumber dan kepakaran daripada kesemua pihak ini bagi membanteras penipuan kewangan dengan lebih cepat dan berkesan.

Dengan wujudnya unit khas ini, kerjasama rentas agensi dapat dipertingkatkan, membolehkan pertukaran maklumat dilakukan dengan lebih cepat dan efisien. Ini secara tidak langsung dapat memendekkan masa siasatan dan mengelakkan mangsa daripada terus mengalami kerugian besar.

Penggunaan Sistem Call Authentication Framework (CAF) dan Pemantauan AI

Penggunaan sistem Call Authentication Framework (CAF) serta pusat pemantauan berasaskan kecerdasan buatan (AI) oleh syarikat telekomunikasi merupakan antara langkah inovatif yang mampu membanteras penipuan secara proaktif. Melalui sistem CAF, panggilan yang dibuat kepada pengguna dapat dikenal pasti keasliannya — sama ada daripada sumber sah atau palsu — seterusnya mengelakkan pengguna daripada menjawab panggilan mencurigakan.

Di samping itu, teknologi pemantauan berasaskan AI membolehkan analisis corak panggilan dan mesej dilakukan secara automatik bagi mengesan aktiviti penipuan. Teknologi ini dapat membantu pihak berkuasa mengenal pasti rangkaian scammer lebih awal sebelum mereka sempat menipu mangsa.

Ketatkan lagi  Proses Pengesahan SIM dan eKYC

Langkah mengetatkan proses pengesahan kad SIM dan sistem Electronic Know Your Customer (eKYC) juga amat penting bagi memastikan identiti pengguna yang sah sahaja dibenarkan menggunakan perkhidmatan komunikasi. Dengan memperketat proses ini, ruang untuk scammer mendaftar akaun palsu atau menyamar sebagai individu lain dapat dikurangkan.

Kerjasama antara syarikat telekomunikasi, bank dan agensi keselamatan perlu diperkukuh bagi memastikan setiap transaksi atau pendaftaran akaun digital mematuhi piawaian keselamatan tinggi serta dilindungi daripada penyalahgunaan identiti.

Peningkatan Literasi Siber Rakyat

Akhir sekali, peningkatan literasi siber dalam kalangan rakyat perlu menjadi agenda nasional. Program pendidikan dan kempen kesedaran mengenai scam, keselamatan digital dan etika penggunaan media sosial harus diperluaskan di sekolah, institusi pengajian tinggi serta komuniti setempat. Masyarakat perlu dididik untuk lebih berhati-hati, tidak mudah mempercayai pautan atau panggilan mencurigakan dan melaporkan sebarang aktiviti penipuan kepada pihak berkuasa.

Kesimpulan

Keselamatan digital bukan hanya tanggungjawab kerajaan atau agensi penguat kuasa semata-mata, tetapi merupakan tanggungjawab bersama seluruh rakyat Malaysia. Dengan penubuhan unit khas anti-scam, penggunaan teknologi moden seperti CAF dan AI, serta peningkatan kesedaran masyarakat, Malaysia mampu membentuk ekosistem digital yang lebih selamat dan berdaya tahan terhadap ancaman penipuan siber.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …