LAGUN KUALA IBAI: PERMATA REKREASI DI KUALA TERENGGANU

Terletak hanya kira-kira 5 km dari bandar Kuala Terengganu, Lagun Kuala Ibai adalah destinasi rekreasi yang lengkap untuk kunjungan keluarga dan pelancong. Suasana tenang muara sungai yang berpadu dengan lagun semula jadi memberikan panorama yang nyaman — angin laut yang sepoi-sepoi, pokok rhu di tebing dan laluan pejalan kaki yang mudah dijangkau menjadikan lokasi ini sangat menarik.

Antara aktiviti keluarga yang sesuai dilokasi ini adalah jogging, briskwalk dan berkelah. Kanak-kanak bermain di kawasan padang dan laluan pejalan kaki. Kanak-kanak boleh menikmati permainan ringan dan menyewa kenderaan mainan elektrik di taman rekreasi berhampiran.

Antara keistimewaan utama ialah berhadapan lagun ini terletaknya Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai “Masjid Terapung”. Masjid putih yang seolah-olah terapung di atas air itu bukan sahaja menjadi ikon tetapi juga latar belakang bergambar yang menakjubkan ketika senja.

Sekiranya anda ke lokasi ini, jangan lupa ambil kesempatan untuk bergambar di sekitar masjid terapung ya…terutama waktu golden hour — momen yang sering dikongsi warganet di media sosial.

 

Kategori : Persatuan dan Rekreasi

Bilangan perkataan 166

Sumber : Berita Harian, Azam Bading Channel, bumisepi.com

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …