EJEN PALSU PERDAYA PENDAKI GUNUNG KINABALU

KOTA KINABALU: Licik menawarkan pakej mendaki Gunung Kinabalu di media sosial, namun selepas menerima bayaran penuh, ejen ‘palsu’ langsung tidak menguruskan sebarang pendaftaran pendakian dengan pihak berkuasa.

Itu antara modus operandi sindiket penipuan yang dikesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan tiga kes dilaporkan dari Januari hingga November tahun ini dengan jumlah kerugian mencecah RM65,010.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, semua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan selepas mangsa mendakwa ditipu ketika membuat tempahan pakej mendaki secara dalam talian.

“Ejen akan mengiklankan pakej mendaki Gunung Kinabalu melalui media sosial dan selepas menerima tempahan beserta bayaran penuh, tetapi tidak mengurus pendaftaran pendakian dengan pihak Taman-Taman Sabah.

“Pelanggan hanya menyedari ditipu apabila tiba tarikh pendakian dan mendapati nama mereka tiada dalam senarai pendaki yang disahkan oleh Taman-Taman Sabah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, susulan laporan diterima, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menahan seorang wanita tempatan yang bertindak sebagai ejen pendakian dan individu berkenaan kini sudah dituduh di mahkamah atas kesalahan penipuan.

Sementara itu, Kasim menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan iklan pakej pendakian dalam talian yang menawarkan harga murah atau proses tempahan segera.

“Orang awam dinasihatkan berurusan hanya dengan ejen pelancongan berdaftar atau terus dengan pihak Taman-Taman Sabah bagi memastikan keselamatan dan kesahihan tempahan mereka,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: INFO X

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …