BUDI95: KOMUNITI E-HAILING MENERIMA MANFAAT TAMBAHAN, PENGENDALI BOT JUGA TIDAK KETINGGALAN

Selaras dengan pelaksanaan BUDI95 yang diperkenalkan oleh Kerajaan Madani yang telah dinikmati oleh semua warganegara Malaysia dengan kelayakan subsidi RON95 sebanyak 300 liter sebulan, kini kerajaan telah bersetuju untuk memberi pemandu e-hailing sepenuh masa dengan had kelayakan tambahan dan penambahan had ini akan diberikan sebelum pertengahan Oktober 2025. Pemandu e-hailing tidak perlu memohon secara individu, kerajaan akan berurusan dengan Syarikat Pengendali e-hailing (EHO) untuk membuat permohonan secara berkelompok.

Pemandu e-hailing kini menikmati subsidi bahan api sehingga 600 liter sebulan menerusi pelaksanaan Inisiatif BUDI95, menjadikan kumpulan itu antara penerima manfaat terbesar dalam dasar subsidi bersasar kerajaan. Di bawah skim tersebut, setiap warganegara layak menerima subsidi 300 liter sebulan, manakala pemandu e-hailing dan p-hailing diberikan tambahan 300 liter lagi bagi membantu meringankan beban operasi harian mereka yang menggunakan petrol pada kadar tinggi.

Juga mengambil kira pengangkutan air, kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan kelayakan untuk BUDI95 kepada warganegara yang merupakan pemilik bot berdaftar, tanpa memerlukan lesen memandu yang sah. Kerajaan Persekutuan sedang bekerjasama dengan agensi Kerajaan Negeri yang berkaitan seperti Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah bagi mengenal pasti pemilik bot berdaftar.

Langkah ini sekali gus membuktikan kerajaan tidak memberikan subsidi secara sewenang-wenangnya, sebaliknya disalurkan secara tepat kepada golongan yang benar-benar memerlukan, termasuk pekerja gig yang menjadi tulang belakang sektor pengangkutan moden negara. Pelaksanaan BUDI95 bukan sahaja mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat, malah memberi impak besar kepada komuniti pemandu e-hailing yang menjadi nadi utama sistem pengangkutan awam negara. Melalui inisiatif ini, kerajaan menetapkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter bagi warganegara Malaysia, menjadikan Malaysia antara negara yang menawarkan bahan api paling murah di rantau Asia Tenggara.

Keberkesanan sistem BUDI95 membuktikan kerajaan memahami realiti kehidupan rakyat yang bekerja dalam ekonomi gig serta komited memastikan bantuan sampai kepada golongan sasar dengan lebih tepat. Inisiatif ini menunjukkan kerajaan benar-benar mendengar suara rakyat. Ia membantu komuniti e-hailing bukan sahaja mengurangkan kos, tetapi juga memperkukuh keyakinan mereka terhadap kecekapan dasar ekonomi kerajaan.

BUDI95 bukan sekadar program subsidi bahan api, tetapi satu bentuk reformasi sosial yang memastikan keadilan dan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan. Dengan pelaksanaan berkesan dan penerimaan positif daripada pelbagai pihak, BUDI95 kini dilihat sebagai simbol keseimbangan antara tanggungjawab fiskal kerajaan dan kebajikan rakyat, sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani.

Kelancaran operasi BUDI95 kekal menjadi keutamaan. Kerajaan Madani kekal komited memastikan program subsidi bersasar ini berjalan dengan lancar, telus dan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat. MoF bersama agensi berkaitan akan terus memantau pelaksanaan BUDI95 dan melaksanakan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Orang ramai boleh merujuk soalan lazim (FAQ) melalui portal rasmi BUDI MADANI atau menghubungi talian bantuan di 1-300-88-9595 atau melalui WhatsApp di +603-2631 4595 untuk maklumat lanjut. Portal ini turut dilengkapi ciri semakan rekod transaksi yang boleh diakses melalui MyDigital ID bagi memastikan keselamatan data peribadi pengguna.

 

Sumber: Utusan Malaysia, 23 Oktober 2025 dan Portal Rasmi Kementerian Kewangan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …