PENIAGA DURIAN MAUT JATUH DARI TINGKAT EMPAT

Banda Hilir – Seorang peniaga durian ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat tempat letak kereta, Plaza Melaka Raya, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari tidak lama selepas lelaki berusia 23 tahun terbabit tiba di lokasi kejadian bersama teman wanitanya.

Beliau berkata, sebelum kejadian pemuda terbabit dikatakan keluar makan bersama teman wanitanya di Kota Laksamana dan mengadu perniagaan duriannya merosot sejak empat hari lalu.

“Sedih dengan situasi itu, dia dikatakan tidak makan, sebaliknya hanya membungkus makanan untuk dibawa pulang.

“Lelaki itu kemudian dikatakan memandu kenderaan pacuan empat roda miliknya ke lokasi kejadian dan apabila tiba dia memberi alasan ingin keluar membuang air kecil sebelum secara tiba-tiba berlari dan terjun.

“Sebelum itu, teman wanitanya cuba menghalang, namun tidak berjaya kerana ditolak,” katanya.

Menurut Christopher, berdasarkan siasatan lanjut dilakukan mendapati lelaki tersebut tidak tinggal di situ selain lokasi kejadian adalah bangunan kawasan tempat letak kereta.

“Setakat ini hasil siasatan mendapati kejadian tidak membabitkan isu hutang, sebaliknya lebih kepada masalah perniagaan yang merosot,” katanya.

Jelasnya, siasatan berhubung kejadian masih diteruskan selain kes diklafikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …