Proses pelepasan anak penyu (tukik) adalah penting di mana mereka perlu diletakkan kira-kira 5 hingga 7 meter dari gigi air (sempadan pantai dan laut). Tindakan merangkak di pasir ini adalah wajib bagi membolehkan mereka mengingati ciri-ciri pasir (kasar atau halus) dan medan geomagnetik tempat itu, satu memori yang akan memandu penyu betina dewasa kembali semula untuk bertelur kira-kira 20 tahun kemudian.
Walau bagaimanapun, kadar kelangsungan hidup amat rendah; jika 1,000 ekor tukik dilepaskan, hanya 1 atau 2 ekor sahaja yang dijangka akan kembali, manakala selebihnya akan mati akibat dimakan oleh pemangsa semula jadi seperti ikan besar, sotong, ketam, dan burung, di samping ancaman pencemaran alam dan pemusnahan habitat oleh manusia.
Perlu diketahui, semasa awal pelepasan, tukik tidak akan terus tenggelam tetapi akan berenang pantas sambil terapung di permukaan air. Di Malaysia, terdapat tiga spesies penyu iaitu Penyu Agar, Penyu Lipas dan Penyu Karah.
Spesies keempat, Penyu Belimbing, yang dahulu mendarat di Terengganu, kini telah pupus secara fungsi di perairan Malaysia (hanya boleh ditemui di perairan Indonesia dan Filipina). Penyu yang paling lazim mendarat di perairan Terengganu terutamanya ialah Penyu Agar, dan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang menjadi institusi penting dalam usaha konservasi ini. Tambahan pula, jika menemui penyu di pulau atau pantai selain daripada lokasi konservasi berdaftar, ia tidak boleh dibawa ke tempat lain seperti Rantau Abang tanpa memohon kebenaran daripada Raja di tempat berkenaan, kerana penyu adalah hidupan liar yang dilindungi di bawah undang-undang negeri.
Sumber: https://marinepark.dof.gov.my/
https://www.beautifulterengganu.com/ma-daerah-turtle-sanctuary-centre/
https://www.mkn.gov.my



