KEMPEN INTERNET SELAMAT PERKASA LITERASI DIGITAL NEGARA

Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melancarkan Kempen Internet Selamat (KIS), sebuah inisiatif nasional bertujuan memperkukuh kesedaran serta keupayaan rakyat Malaysia dalam menghadapi pelbagai cabaran keselamatan digital yang semakin membimbangkan.

Kempen ini memfokuskan kepada isu-isu utama seperti buli siber, penipuan atas talian, perjudian digital serta kandungan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) yang dilihat semakin menular seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.

Pelaksanaan KIS secara berperingkat dari 2025 hingga 2027 menyasarkan pelbagai segmen masyarakat, termasuk kanak-kanak, remaja, pelajar institusi pengajian tinggi, guru, ibu bapa, komuniti Madani dan warga emas.

KIS juga adalah usaha strategik bagi membina ekosistem digital yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …