DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah melaksanakan Projek Penempatan Semula Penduduk Ladang Byram, yang bertujuan menyediakan kediaman baharu yang lebih selesa dan moden kepada penduduk setempat.
Projek ini melibatkan pembinaan 68 unit rumah teres di atas tanah seluas 3.52 hektar dengan kos keseluruhan sebanyak RM18.4 juta. Ia menempatkan 72 keluarga daripada Ladang Byram ke kawasan baharu di Taman Byram Baru dan Taman Kalidonia Indah Fasa 2. Selain menyediakan kediaman selesa, projek ini turut dilengkapi dengan kemudahan awam termasuk sekolah, rumah ibadat, serta prasarana asas yang mesra komuniti.
Sumber : Majlis Bandaraya Pulau Pinang https://www.facebook.com/mbsp.pg



