PENERIMAAN RAKYAT TERHADAP BUDI95 AMAT MENGGALAKKAN

 

Pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 melalui inisiatif BUDI95 menunjukkan penerimaan memberangsangkan daripada rakyat selepas diperkenalkan pada 27 September 2025. Setakat 8 Oktober 2025 4 petang, lebih 10 juta warganegara daripada 16 juta yang layak (62.5 peratus) telah menikmati RON95 pada harga RM1.99 seliter dengan jumlah jualan sebanyak RM727.7 juta atau penggunaan sebanyak 365.7 juta liter.

Sejak pelaksanaannya pada 27 September kepada anggota polis dan tentera, diikuti dengan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (28 September) dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak (30 September) transaksi BUDI95 menunjukkan peningkatan yang positif dan memuncak ketika hujung minggu pada lebih 3 juta transaksi sehari.

Ini menunjukkan bahawa rakyat bersedia menerima pendekatan subsidi bersasar yang dilaksanakan secara telus, efisien dan memberikan manfaat nyata. Selain itu, ini juga membuktikan keberkesanan sistem digital pengesahan MyKad yang digunakan di stesen-stesen minyak lancar dan stabil.

Kerajaan MADANI kekal komited memastikan program subsidi bersasar ini berjalan dengan lancar, telus dan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat. MoF bersama agensi berkaitan akan terus memantau dan menambahbaik pelaksanaan BUDI95 dan dari semasa ke semasa.

Orang ramai boleh merujuk soalan lazim (FAQ) melalui portal rasmi BUDI MADANI atau menghubungi talian bantuan di 1-300-88-9595 atau melalui WhatsApp di +603-2631 4595 untuk maklumat lanjut. Portal ini turut dilengkapi ciri semakan rekod transaksi yang boleh diakses melalui MyDigital ID bagi memastikan keselamatan data peribadi pengguna.

Sumber: Kementerian Kewangan, BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

KUASAI AI, SEDIA HADAPI PERUBAHAN DUNIA

TERIMA KASIH: Sapawi (dua kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Isnin sempena majlis perasmian itu. KOTA KINABALU: Kerajaan terus memperkukuhkan agenda pembangunan …

TARIKH-TARIKH PENTING PILIHANRAYA NEGERI MELAKA KE 16 – TIDAK BENAR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan bahawa grafik berhubung “Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16” yang sedang tular …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …