DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang meneruskan misi kolaborasi bersama jabatan kerajaan yang lain dan pada kali ini memenuhi jemputan sebagai penceramah dalam program Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Hospital Bukit Mertajam Bagi Tahun 2025.
Perkongsian sesi kali ini lebih memfokuskan kepada :-
* Pemakaian topi keledar mengikut spesifikasi dan piawaian standard Malaysia.
* Pemakaian tali pinggang keledar bagi semua pemandu dan penumpang kenderaan persendirian.
* Pemakaian Selamat ketika menunggang dan membonceng motosikal.
* Mengenal pasti zon titik buta kenderaan dan kaedah memotong dengan selamat.
* Kepentingan pengetahuan tentang jarak selamat dan pematuhan had laju.
* Kepentingan pemeriksaan dan penyelenggaraan kenderaan sebelum memulakan perjalanan.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



