TIPU DOKUMEN, PADAH MENANTI: TIGA INDIVIDU DIDAKWA DI MAHKAMAH

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) JPN telah menjalankan dua pendakwaan secara berasingan melibatkan tiga individu atas kesalahan mengemukakan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran dokumen pengenalan diri.
Di Pulau Pinang, pasangan suami isteri warga tempatan telah ditahan atas kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(b), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan Seksyen 36(b) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299). Hasil siasatan mendapati salah seorang tertuduh telah mengemukakan sijil kelahiran yang mengandungi butiran material palsu dalam permohonan MyKad 12 tahun, manakala seorang lagi tertuduh telah memberikan maklumat tidak benar semasa mendaftarkan kelahiran sabjek.
Kedua-dua tertuduh telah didakwa di Mahkamah Majistret 3, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang pada hari yang sama dan masing-masing telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 atau lapan (8) bulan penjara jika gagal bayar dan RM1,500 atau enam (6) bulan penjara jika gagal bayar. Kedua-duanya mengaku salah dan telah membayar denda berkenaan selepas prosiding selesai.
Sementara itu di Kuala Lumpur, BSK JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut melaksanakan pendakwaan terhadap seorang pekerja warga asing berusia 40 tahun di Mahkamah Majistret 2 Kuala Lumpur. Tertuduh ditahan pada 7 Oktober 2025 selepas didapati mengemukakan maklumat palsu dalam permohonan pendaftaran kelahiran seorang kanak-kanak.
Tertuduh telah didakwa di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) dan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau dua (2) bulan penjara jika gagal bayar. Tertuduh kemudiannya melunaskan denda berkenaan selepas prosiding selesai.
JPN tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menyalahgunakan atau memalsukan dokumen pengenalan diri. Setiap pelanggaran akan dikenakan tindakan undang-undang tanpa pengecualian, kerana keselamatan dan kedaulatan negara adalah amanah yang mesti dipertahankan.
Sumber : FB Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …