𝗢𝗣𝗦 𝗛𝗜𝗝𝗔𝗨 𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗔𝗣𝗨: 𝗣𝗔𝗧𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗨𝗡𝗬𝗜 𝗗𝗜 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗨 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡

𝗛𝗨𝗟𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨, 𝟰 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Taktik sekumpulan 34 pendatang asing tanpa izin yang mendirikan penempatan jauh ke dalam kawasan ladang kelapa sawit di Jerangau bagi mengelak dihidu pihak berkuasa akhirnya tumpas apabila penempatan mereka dikesan dan diperiksa awal pagi semalam. Pasukan anggota penguat kuasa terpaksa meredah laluan tidak berturap, berbukit serta gelap sejauh lima kilometer tanpa lampu jalan bagi melakukan pemeriksaan tersebut, yang membawa kepada penahanan kesemua warga asing terbabit.

Mereka antara 38 pendatang asing tanpa izin yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan Ops Hijau dan Ops Sapu oleh sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu pada 4 Oktober 2025 bermula jam 8.00 malam hingga 6.00 pagi keesokan harinya. Sebanyak tujuh premis diperiksa melibatkan seramai 81 individu di daerah Kuala Terengganu, Dungun, Hulu Terengganu dan Marang. Tangkapan melibatkan 29 lelaki dan 3 wanita warga Indonesia, seorang lelaki Bangladesh serta lima lelaki warga Myanmar berumur antara 20 hingga 55 tahun.

Lokasi yang mencatatkan tangkapan tertinggi ialah sebuah rumah pekerja ladang di kawasan Jerangau, Hulu Terengganu yang menempatkan 26 warga Indonesia. Turut ditahan di lokasi berhampiran adalah lapan pendatang asing di sebuah rumah pekerja ladang lain terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar dan Bangladesh. Tangkapan lain turut direkodkan di sebuah rumah kediaman di Kampung Bukit Kubang Jambu, Kuala Terengganu (2 warga Indonesia) dan rumah kedai di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun (2 warga Indonesia).

Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …