𝟰𝟳 𝗣𝗔𝗧𝗜 𝗗𝗜𝗝𝗔𝗧𝗨𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗨𝗞𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗛𝗞𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗧𝗜 𝗔𝗝𝗜𝗟

𝗛𝗨𝗟𝗨 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨, 𝟳 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Seramai 47 Orang Kena Tuduh (OKT) terdiri daripada 45 lelaki dan dua perempuan telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Pati Ajil, Hulu Terengganu pada 7 Oktober 2025. Prosiding pendakwaan dikendalikan oleh Unit Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu di hadapan Hakim YA Puan Nazlyza Binti Muhammad Nazri dengan bantuan pasukan iring kawal.

Bagi pertuduhan pertama di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, seramai 19 lelaki warga asing didakwa kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah. Hukuman penjara antara empat hingga sebelas bulan dikenakan melibatkan sepuluh warga Myanmar, empat warga Indonesia, dua warga Bangladesh dan dua warga Kemboja. Manakala seorang lagi warga Myanmar yang diwakili peguam ditetapkan tarikh lain untuk serahan dokumen.

Dalam pertuduhan kedua di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, seramai 22 lelaki didakwa atas kesalahan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan. Hukuman penjara antara dua hingga sembilan bulan dijatuhkan terhadap tiga warga Kemboja, sepuluh warga Indonesia dan sembilan warga Bangladesh.

Sementara itu, enam lagi OKT terdiri daripada empat lelaki dan dua perempuan turut didakwa di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas. Hukuman melibatkan denda antara RM450 hingga RM1,000 terhadap tiga warga Indonesia dan dua warga Bangladesh. Manakala seorang lagi lelaki warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara selama 3 bulan.

Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

SATU KLIK BOLEH MEMBAWA PADAH

Warga emas merupakan antara golongan yang paling kerap menjadi sasaran penipuan dalam talian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu melindungi …

NOTIFIKASI HAJI: DEPOSIT KENA CAPAI RM15,000, BERJALAN 10,000 LANGKAH SEHARI – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) mula menghantar notifikasi peringatan kepada bakal jemaah haji musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M supaya membuat persediaan awal …

ANTARA BENCANA DAN KEMALANGAN

🚨 Bencana atau kemalangan? Ramai masih keliru dengan perbezaannya. Hakikatnya, tidak semua kejadian dikategorikan sebagai bencana. Bencana ialah kejadian yang …